Khamis, 17 Oktober 2013

Assalaamu’alaikum wbt...
Salam sejahtera... Salam kasih sayang.. .dan Salam Kekayaan & Kejayaan..
Nama saya Syed Abdul Rahman Bin Syed Ahmad. Saya berasal dari Kedah Darul Aman dan kini menetap di Pahang Darul Makmur. Saya seorang usahawan yang semakin hari semakin berjaya dengan izin-Nya Alhamdulillah.

Kepakaran saya adalah didalam membantu menyelesaikan masalah STRESS & KELESUAN BADAN untuk lelaki dan wanita khususnya anda yang bekerja dibawah tekanan seperti menghadapi tekanan kerja yang banyak, sentiasa dimarahi boss, situasi persekitaran yang tidak seronok, kesesakan lalu lintas berjam-jam dan sebagainya. InSyaAllah, tenaga anda pasti dapat dikembalikan dengan Formula dan kaedah mandian Garam Mandian Aura Magnet 7 Tenaga Alam Luar Biasa.

Berapa ramai daripada anda diluar sana yang ingin saya bantu menyelesaikan masalah anda berkaitan kesihatan rohani dan jasmani agar anda kembali segar, bertenaga semula, kelihatan awet muda dan tampak berseri-seri setiap hari dan paling penting sekali adalah ketenangan fikiran dan emosi...

Selain dari penjualan produk ini, saya juga akan kongsikan tips-tips terpenting yang bakal disertakan bersama produk ini bagi menarik ‘Magnet Kekayaan dan Kejayaan’ agar ia datang kepada anda bertalu-talu dengan kadar segera. Salah satu dari tips yang saya bakal kongsikan adalah ‘7 Saranan Magnet Wang’ ciptaan saya sendiri dan ianya terbukti berkesan dalam kehidupan saya, Alhamdulillah..!!!

Beginilah bunyinya ‘7 Saranan Magnet Wang’ tersebut saya amalkan selepas saya menggunakan Garam Aura Magnet 7 Tenaga Alam Luar Biasa :

“Alhamdulillah saya Kaya dan Berjaya”,
“Alhamdulillah kini saya ada lebih dari mencukupi”,
“Alhamdulillah Wang datang kepada saya setiap hari”
“Alhamdulillah saya adalah magnet menarik wang”,
“Alhamdulillah saya menerima wang setiap hari tak disangka tak kira masa”,
“Alhamdulillah kini saya hidup Luar Biasa daripada hidup biasa-biasa”,
“Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah atas kenikmatan dari Rahmat-Mu ini”

Dapatkan sekarang (Dalam 1 set) :
  • Garam Mandian Aura Magnet 7 Tenaga Alam Luar Biasa (1/2 kilo) = RM97
  • 7 Saranan Magnet Wang = PERCUMA
  • DVD Kombinasi Ilmu Aura + Psikik + Kuasa Minda (kos belajar RM3k) = RM100
  • DVD Tips Berkesan Bisnes Online bernilai RM200 = PERCUMA
  • Senarai 10 juta emel prospek (softcopy dalam DVD) = RM100
  • Rahsia Metafizik Pernomboran (kos belajar RM360) = RM100
  • Rahsia Kerjaya / Bidang Perniagaan sesuai dengan tarikh lahir anda = RM100

JUMLAH KOS PEMBELIAN KESEMUANYA ADALAH RM497 
(tidak termasuk kos sebenar RM4,000)

Jadi, anda tak perlu membayar dengan harga RM497
Hanya RM297 sahaja

Jika anda buat belian sebelum 29hb Oktober 2013,
Anda hanya perlu buat bayaran sekadar RM197 sahaja.
DISKAUN INI HANYA TERHAD UNTUK 100 PEMBELI PERTAMA & LAYAK DAPAT 1 LAGI BONUS iaitu Sabun Luar Biasa ‘Mencuci’ Aura berharga RM37.
Segeralah bertindak sebelum ketinggalan (Fast Action, Fast Result)
Sila PM saya 019-479-6764 untuk info lanjut kaedah pembelian.

Sebelum itu saya ingin kongsikan sedikit pengalaman sebelum saya jadi usahawan. Saya pernah bekerja makan gaji sebagai pencuci pinggan, pembantu gerai, kerani, perhotelan, katering, penjual barang elektrik, jurujual, jualan langsung, MLM.

Kali terakhir sekali saya bekerja adalah sebagai pengawal keselamatan selama beberapa tahun kerana saya sudah mati akal. Masa tu gaji RM700 sebulan, sewa rumah RM230, bil utiliti RM70, hutang motor RM150, minyak motor ke tempat kerja sehari RM5 X 30 hari tanpa cuti RM150, baki RM100 untuk makan minum. Saya dan isteri terpaksa belanja tidak lebih RM3.30 sehari. Setiap kali raya puasa dan raya haji saya dan isteri beraya bersama dalam pos pengawal. Saya pernah bawa bekal nasi kosong sahaja dan wang syiling sebanyak RM0.50sen. saya ke gerai jual nasi ayam untuk membeli sup kosong sebanyak RM0.50sen, Alhamdulillah penjual tu beri percuma saja sup kosong tu.

Pada hari lain, pada tarikh 7hb sepatutnya gaji sudah masuk dalam akaun bank, tapi belum masuk hinggalah 10hb. Saya dan isteri berlapar selama 3hari. Saya terpandang wajah isteri yang sedang menelan air liur ketika dia terpandang gerai tepi jalan yang menjual air, goreng pisang, fishball goreng dan nudget...Ya Allah, ketika itu kat tangan tiada langsung (RM0.00).

Sehinggalah suatu hari saya terjumpa (petunjuk dari Allah) sesuatu yang luar biasa. Iaitu ilmu tentang potensi diri. Saya telah belajar, menguasainya dan mempraktikannya dengan bersunguh-sungguh. Pada masa itu juga saya sudah ada kekuatan setelah saya melihat kerjaya dan pelbagai jenis bidang perniagaan yang sesuai dengan tarikh lahir saya. Patutlah selama ini saya buat bermacam-macam jenis kerja tak menjadi, rupa-rupanya semua pekerjaan tu bukanlah bidang yang patut saya ceburi dan pekerjaan tersebut memang tak serasi langsung dengan ‘spiritual’ saya. 

Setelah saya tahu ‘nombor akar’ saya adalah nombor ‘7’ (elemen AIR) saya dapati bidang keusahawan yang patut saya ceburi adalah sepeti berikut :

(Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh, Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Logi Janakuasa Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Perlancongan, Agensi Insurans, Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja Bebas (Freelance), Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet / bisnes online, Ahli Silap Mata, Stesen TV, Stesen Radio, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu, Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat…)

Dengan gaji RM700 yang saya dapat tu, saya tak bayar duit sewa rumah empat (4) bulan, saya tak bayar duit bulanan motor dua (2) bulan dan saya tak bayar bil utiliti sehingga tertunggak RM400 lebih. Saya guna duit gaji 2,3 bulan tu untuk pergi kursus keusahawanan, kursus metafizik, kursus kewangan, kursus t-shirt printing, kursus rawatan perubatan islam, kursus industri desa.

Setelah saya cuba bidang perniagaan, perubahan positif demi perubahan positif semakin datang. Alhamdulillah rezeki datang mencurah-curah. Saya langsaikan semua hutang. Kemudian saya dan isteri menghadiri kursus aura pula, kursus kuasa minda mindpower anjuran Dato’ Dr. Prof. Ibrahim dan terbaru kursus Intensif Jutawan Industri 2013 disampaikan oleh Dr.Azizan Osman anjuran Rich Work International.

Jadi saya memilih Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan T-Shirt Printing, Pengeluar Produk Berasaskan Aura dengan pemasaran melalui Internet atau dikenali ‘bisnes online’. Manakala isteri pula memilih perniagaan menghasilkan Coklat Crispy jenama sendiri ‘Adikgee Rich Chocolate’ (Pilihan dibuat atas dasar minat, bakat dan passion) Dulu makan gaji RM700 sebulan, Alhamdulillah sekarang RM700 tak payah tunggu sebulan lagi.. hari-hari dapat.. kadang-kadang datang tak disangka, waktu pagi dapat, tengah hari dapat, petang dapat, malam pun dapat... Alhamdulillah, rezeki yang diterima dikongsi bersama anak-anak yatim (sedekah).

Sekian,
Wassalam...
Master Syed Abdul Rahman B.S.A Al-Habshee
019-479 6764

www.sarfayu.com.my

SARANAN MAGNET WANG

SARANAN MAGNET WANG
Amalkan perkongsian emas ini

Detik Kesukaran

Nama saya tersenarai dalam senarai nama-nama peserta Kursus Marketing selama 3 hari di Hotel Seri Malaysia di Pulau Pinang. Saya dan isteri dapat pergi percuma kursus tu termasuklah makan minum dan penginapan sekali...

saya telefon kawan-kawan sorang demi sorang sebab nak minta tolong hantarkan dengan kereta mereka, tak apa lah tol dan minyak saya tanggung. Tapi sorang kawan pun tak dapat tolong dengan memberi seribu alasan termasuklah alasan yang tak logik.

Saya bincang dengan isteri "Tak apa lah, kita pi dengan motor jugak lah, nak buat macam mana, kita dah tak dak kereta kita buat cara tak dak kereta, mungkin kita ni menyusahkan orang kot "

lepas tu isteri saya pula berkata "sabar lah bang, nanti Allah bagi lah kereta kat kita.. kan kita tengah usaha ni"

Saya dengan isteri pun pergilah naik motor...
Baru letak beg pakaian saja dah penuh.. belum dua orang naik lagi.. Ya Allah mudahkan lah urusan hambaMu ini...

Jom Pi Penang

Jom Pi Penang
Pengangkutan saya bersama beg pakaian untuk ke kursus 3 hari 3 malam.

CARI KERETA NAK BERNIAGA

...bersambung lagi hari ni..

Waktu kisah ni saya dan isteri belum pergi kursus aura metafizik pernomboran lagi.

Kisahnya begini...

Susahnya tak punyai kereta, masa tu saya hanya fikirkan kalau lah saya ada kereta walaupun kereta 2nd hand pun tak apa, malah kereta buruk pun boleh asalkan saya boleh buat bisnes kecik-kecik dalam kawasan bandar Sungai Petani. Masa tu saya baru merdeka dari kerja Pengawal Keselamatan. Saya dan isteri berbincang nak mulakan bisnes jual air Jus Jambu Batu di tepi jalan. Tapi masalahnya disini adalah ‘transport’. Oleh kerana saya minat berniaga, saya cari jalan.. saya berhajat nak pinjam saja kereta proton saga iswara dari walid (ayah). Kereta walid ni dah berjasa kepada beberapa owner sebelum walid. Kereta ni bukan 2nd hand dah, tapi dah ten hand agaknya.. Alhamdulillah Walid dah bagi lampu hijau, saya bersyukur sangat walaupun nampak muka umi macam lampu kuning. Walid kata tak apa, walid boleh pergi kerja dengan motor saja.

‘Passion’ punya pasal, saya balik kumpul duit tabung termasuklah tabung isteri kitaorang sama-sama pecahkan untuk kumpul modal beli payung dan balang air untuk berniaga. Lepas tu tak cukup modal, pinjam duit kat umi RM80 (masa tu duit kat umi pun ada RM100 saja) tadi umi macam lampu kuning, sekarang nampak macam nak bertukar ke lampu merah pula. Alhamdulillah akhirnya umi bagi juga modal sikit untuk beli meja berniaga (meja lipat). Petang tu saya dan isteri cari jambu batu untuk proses buat air jus jambu.

Esoknya saya proses buat air jus jambu batu sambil isteri saya amik gambar untuk saya hasilkan ebook. Ini proses main hentam saja, tak pergi kursus pun.. asalkan sedap sudah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... seronok berniaga air jus jambu batu ni, dapatlah RM70 hingga RM100 bersih sehari. Walaubagaimanapun perniagaan ini tidak bertahan lama kerana kereta walid ni dah berapa bulan tak bayar, jadi takut kena tarik. Terpaksalah berhenti berniaga dan kereta selamat berada dirumah.. huhuhu

Jadi macam mana saya nak teruskan agenda seterusnya?